Tuesday 2 October 2012

RUMAH KU SYURGAKU

Kali ni aku nk ceritakan sejarah hidup aku ...hahaha  macam boring jew bunyinye...:)
  Sebenarnya aku nak kongsi pegalaman pindah rumah...1st time pindah penatt oii...:(



Pada tahun 2009 aku dah pun mendirikan rumahtangga dan rumah pertama kami sewa di PUNCAK ALAM SELANGOR..sbb kawen ngn org selangor dan hubby keje kat damansara so tepaksa la duk selangor kalo x memang tak ingin pon sbb rumah kat sni semua mahal n brg2 pn mahal memang x sesuai utk org yg baru kawen cam kami ni..Gaji pun x la besar mana ..
bayangkan la.???.


Aku pun dapat la keje di glenmarie shah alam,jauh jugak la dari puncak alam nk ke glenmarie 25km pastu nk ke damansara,my hubby betui2 bekorban drive jauh2 camtu...kesian dia ..trandsport kiteorg pon time tu 1 je VIVA tu jew la..

Rumah yg paling murah kat puncak alam la..kiteorg menyewa kat sebuah Apartment yg tak la besar mana keluasannya tapi bole la setakat nk duk berdua tu...muat lagi la ...haha :)


Kiteorg cari rumah melalui MUDAH.COM  alhamdulillah ade la sikit duit simpanan utuk jadikan deposit rumah sewa...dapat jew house key kiteorg trus cuci umah  n mula la misi aku menghias rumah...walaupun sewa(rumah org) tapi aku jaga mcm rumah aku sendiri...




Bukan sehari dua nk ada semua ni...setiap bulan kami kumpul duit ...bulan pertama my hubby belikan sofa..next month plak aku kumpul duit beli langsir...


Gambo yg gantung tu aku beli kat JUSCO BUKIT RAJA...every weekend itu la tempat wajib g...
suke tgok SALE !!!!!


Selamat Datang ke Teratak Cindai kami...oh lupa apartment ni nama blok yg kami duduk ni CINDAI 



ni rekaan yg pertama ..tahun pertama ...nnt tgok ye...eric akan dtg tukarrr  ...haha :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tadaaa......HIHI :) 


Tahun ni tengah mood inggeris so,aku nk ada kn semua pesiapan utk raya kena la buat awal2...bulan ni beli kain meter..bulan depan hantar kat org jahit,bulan depan lagi beli balang kuih raya...hihi  gaji aku abis kat brg2 camtu la,dh minat nk buat camno kn???


Abis tuka semua tema Inggeris lah sanggattt  ...hahaha...napsu semua tu  hihi :)


Sebab sofa tu merah so aku rasa still in lagi utuk tema Inggeris ni...xpayah eric ,,wani pown bolehh!!!





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                           PINDAH TIME

Suatu hari Yusuf aka (my hubby ) dapat panggilan telefon dari sebuah company ni offer dia keje jaga site tapi kena keje kat tapak projek la...Tengahri tu dia call la aku gtau berita ni...aku pon ok je sedia mendengar ...aku sebenarnya x kisah la kat cerok mana nak tinggal pas ni sbb dh boring tahap gaban duk kat selangor....:( huhu...dia kata jgn tekejut plak kita kena pindah KLUANG JOHOR!!!

aku pon kata OK...setuju sangatt..start la aku meng'google' map mane rope kluang tu...xpena g..sbb sebelum ni aku belajar kat cosmopoint JB and stay pun kat skudai umh maksu...kluang ni area mana?? so,start la cari kat mudah.com rumah sewa area situ...


Time nk beli barang tak hengatt  baru tau barang banyak asik membeli aje x sedorr  hahaha:)


Hambikk kauu  bekotak2 nk hangkot bpe lori ni ha???


My hubby setiap ari bawa balik kotak ...balik je keje dalam kete dia sure banyak kotak ...suatu petang tu ade la anak jiran tanya "pakcik nak buat apa kotak2 banyak ni ?"  lalu pakcik tu pon berkata :
" nak simpan EMAS" hahaha:) laki aku ni saje je suka menyakat budak2 tu...



-----------------------------------------------------------------------------------------------

KLUANG ,JOHOR APRIL 2012



Ni la rumah teres kat TMN SERI IMPIAN ,KLUANG


Rumah kat sini cantik n murah jew,aku tanya tuan umh dia kata masa dia beli 128K jew??? gilerr x muroohh..kalu kat selangor tak dapat arr hage camni...tak jumpa la umh tanah camni...


Barang2 dah susun cuma nk gantung frame gambo...drill xd lg time ni..


sbb rumah teres so,aku tepaksa la g tempah langsir sliding door sbb umh lama tak ada sliding door...


ni la dapur ku yg sederhana...peti ais tu tak penah pn beli since kiteorg kawin ..itu pemberian maktok sbb dia dh tuka peti ais baru,so kami baru kawin msa tu tak de peti ais...sampai sekarang still ok..walaupun buruk aku tempek ngn kertas hadiah lawoo aperr??? haha:)


console table ni nak tau cite x ? aku jual biskut raya setiap tahun jadi tahun tu aku kumpul duit dan dapat la beli sebijik meja console ni ngan duit titik peluh aku...rasa bebaloi sangat sbb nmpk duit kita tu beli barang...

 yang ni plak ruang makan kami,sederhana jew...cukup la utuk kami berdua...tengok la meja kopitiam tu...bila tetamu datang tu yg kna makan besila hahah :)




No comments:

Post a Comment